BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Saturday, July 3, 2010

Persediaan?

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih mengizinkan aku sekeluarga dan kita semua terus bernafas, menggunakan segala nikmatNya.

Persediaan? Banyak yang ingin aku kongsikan, namun... biarlah Dia yang tentukan setakat mana tangan ini mampu dan kesempatan yg ada.

Ini juga persediaan sebenarnya... Untuk bila2 masa pergi menghadap Ilahi... Kita sentiasa perlu bersedia, kan? Niat untuk berkongsi pandangan, mungkin juga boleh Allah terima sebagai wadah persediaan... Paling tidak, tarbiahkan diri sendiri dulu. Wallahua'lam.

Ini minggu kedua hantar eldest daughter intensive tuition kat Equine ni. Persediaan? Ya, moga2 usaha ini dapat membantu Nadiah bersedia menghadapi PMR 3 bulan lagi... Nazmi juga minta tution tapi rasanya dia mampu menghadapi UPSR tak lama lagi dengan kelas tambahan dan persediaan sendiri sahaja. Nadrah? Nampaknya dia dah mula bosan ke TASKI sebab agaknya dah lama sangat; since umur dia 4 tahun... Pun, baru2 ni secara tak sengaja terserempak insiden cikgu TASKI tu marahkan budak2... Tau apa Nadrah cakap? "... Haa, sekarang ayah dah tau kenapa adik tak suka pergi sekolah, kan?". Pehhhh, sabo aje la anak dara yang seorang tu...

Persediaan untuk masa depan dalam pelajaran selalu aku dan isteri tekankan... Yalah, kata orang ilmu boleh bawa ke mana masa depan seseorang. Kita boleh suruh, kita boleh paksa... namun, bersediakah anak2 untuk berusaha mencorakkan masa depan mereka sendiri? Aku sedar, anak2 tak begitu peka lagi dengan masa depan sebab mereka belum lalui kesusahan... Macam masa kita kecik2 dulu.

Secara tidak sedar, pelajaran di sekolah (termasuk exams) terlalu diberi penekanan sedangkan ilmu akhirat kurang diberi perhatian. Harap2 aku belum terlambat untuk menyediakan keluarga ke arah kehidupan yang abadi di sana... Fokus kini kena seimbang, sediakan mereka untuk hidup di dunia dan di masa sama mengutamakan akhirat. Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan untuk membawa keluarga kami hidup di jalanMu. Alangkah indahnya nanti, jika KAU izinkan... anak2 kesayangan kami beriman, beribadah dan hidup dengan rasa bertuhankanMU Ya Rabb!

Bantulah aku dan kami semua untuk membuat persediaan ini... Hanya kepadaMu kami mengharap, meminta dan menggantungkan pengharapan...

Aminnnn.
Wallahua'lam.