BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Thursday, February 15, 2007

Happy Birthday!

Alhamdulillah, dapat juga sampai ke hari ini... Dah berapa? Well, 38 dah beb. Memang kalau banding dulu, terasa jugak diri dah tua. Kudrat pun dah kurang. Tak mengapalah, Allah nak uji teman... sakit tulang belakang ni memang tak boleh nak cerita, tapi teman redho... bersyukur sebab DIA masih beri peluang teman hidup... Ehm, pagi ni Puteri Sulong teman buat hal lagik... Susah benar nak kejut... tak apalah, dah hari ni special day, tak nak marah dia. Tapi sampai ke sudah dia ke sekolah tanpa wish ayah... Dia lupa ke? Sampai hati... Anyway, beloved wife wished yg first, Nazmi pun... Cuma Adik tak reti nak cakap kot. Tak kisahlah, wish tak wish, umur bertambah juga... kalau Allah bagi pinjam 50, ni dah tinggal less than 12 years la... Kalau 40? Alamak, kurang 2 tahun beb! Anyway, thanks buat Adik (Huda) anak Kak Beah... siap bagi kad lagi... (sesatunya yg diterima!!!) ada hadiah lak tu... Pun kat Kenit, Ain, Afan, Kak Zaidah, Nazri, Syed yang ingat nak wish...

Syukur gak pagi ni, jumpa boss... tak kena marah. Lega. Teman learnt a lesson la... next time harap2 tak terbuat silap yg sama... Ok, tak boleh lama ni... 2b continued!