BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Tuesday, December 16, 2008

SOLAT


Salam semua...
Pagi ni saja nak share info ni sebagai mengingatkan diri teman sendiri yang selalu
terlupa byk perkara...

Solat adalah satu ibadat yang memperhubungkan hamba dengan tuhannya,
mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir
disudahi dengan salam. Berikut adalah nama jenis-jenis solat fardhu dan sunat.

JENIS SOLAT


Solat Fardhu; iaitu yg wajib dilakukan tiap-tiap hari:-


1. Dzuhur
2. Asar
3. Margrib
4. Isyak
5. Subuh


Solat Sunat:-

1. Aidil Adha

2. Aidil Fitr
3. Dhuha
4. Gerhana
5. Hajat
6. Ihram
7. Israq
8. Istikharah
9. Istisqa'
10. Musafir
11. Mutlak
12. Rawatib Muakadah
13. Tahajjud
14. Tahiyatul Masjid

15. Tasbih
16. Tawaf
17. Terawih
18. Witir
19. Wudhu

Di bawah pula adalah perkara-perkara yang seseorang itu perlu
ketahui mengenai solat.

~Syarat-syarat wajib solat
~Syarat-syarat sah solat
~Rukun-rukun solat
~Sunat Ab'ad
~Sunat Hai'at
~Perkara-perkara yang sunat dalam solat
~Perkara-perkara yang makruh dalam solat
~Yang Membatalkan Solat
~Waktu-waktu yang haram solat sunat yang tiada bersebab

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci dari haidh & nifas
5. Masuk waktu solat

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1. Islam
2. Berakal
3. Suci dari hadas kecil & besar
4. Suci daripada najis pada badan, pakaian & tempat
5. Yakin masuk waktu
6. Mengadap qiblat
7. Menutup aurat
8. Mengetahui akan fardhu & sunat
9. Jangan iktikadkan salah satu daripada fardhunya itu sunat
10. Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat

Orang yang tidak mendapat air untuk berwudhu dan tidak mendapat tanah
bertayamum, wajib melakukan soat tetapi wajib diulang semula. Boleh berpaling
daripada qiblat pada solat, ketika sangat takut seperti di dalam peperangan dan
solat sunat di dalam pelayaran yang harus ataupun kenderaan. Dan kalau solat
di atas kapal pada solat fardhu, wajib mengadap qiblat tatkala takbirratul ihram,
sekalipun kapal itu beralih kemudiannnya.

RUKUN-RUKUN SOLAT

Semuanya perlu hadir untuk megesahkan solat. Selain daripada yang berikut,
perbuatan yang lain adalah sunat. Rukun-rukun solat terbahagi 3 iaitu :-

1. Rukun Qalbi - pekerjaan hati
Berniat
Tertib

2. Rukun Qauli - pekerjaan lidah
Takbirratul ihram
Membaca Al-Fatihah
Membaca tahiyat akhir
Membaca selawat dalam tahiyat akhir
Salam

3. Rukun Fi'eli - pekerjaan anggota
Berdiri betul bagi yang berkuasa
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir

Ditambah 4 rukun tuma'ninah ketika rukuk, iktidal, sujud & duduk antara
dua sujud. Tuma'ninah adalah apabila seseorang itu berhenti seketika di antara
dua rukun. Tujuan tuma'ninah ini adalah supaya solat itu tertib.


SUNAT AB'AD

Sunat ab'ad adalah sunat yang dikuatkan (separuh wajib). Jika tertinggal
dilakukan sujud sahwi.

1. Membaca tahiyat awal
2. Duduk tahiyat awal
3. Selawat atas Nabi dalam tahiyat awal
4. Membaca doa qunut
5. Berdiri qunut
6. Selawat atas Nabi dalam qunut
7. Selawat atas keluarga Nabi dalam qunut
8. Selawat atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir


SUNAT HAI'AT

Sunat hai'at adalah sunat yang jika tertinggal, tidak diwajibkan berbuat apa-apa.

1. Membaca lafaz niat
2. Mengangkat kedua tangan ketika takbirratul ihram
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca ta'auwwuz
5. Membaca amin
6. Membaca surah
7. Membaca tasbih dalam rukuk
8. Membaca pujian kepada Allah (samiallahu liman hamidah hingga akhir
dalam iktidal)
9. Membaca tasbih dalam sujud
10. Membaca doa (rabbirgfirli hingga akhir dalam duduk antara 2 sujud)
11. Memberi salam yang kedua
12. Membaca selawat atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir
13. Menoleh ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam
14. Berninat keluar dari solat
15. Membaca takbir istiqalat ketika hendak rukuk, sujud & bangun dari
sujud serta bangun dari tahiyat awal
16. Duduk iftirash pada sekelian duduk, kecuali tahiyat akhir yang tidak
ada sujud sahwi, maka sunat duduk tawarruk

PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DALAM SOLAT

1. Sunat diam sebentar dalam sola t pada 6 tempat:
2. Antara takbirratul ihram & doa iftitah
3. Antara doa iftitah & ta'awwuz
4. Antara ta'auwwuz & bismillah
5. Antara walladhalin & amin semasa membaca Al-Fatihah
6. Antara amin & surah
7. Antara surah & rukuk

Sunat angkat tangan dalam solat pada 4 tempat:
1. Ketika takbirratul ihram
2. Ketika hendak rukuk
3. Ketika iktidal
4. Ketika bangun dari tahiyat awal

Juga disunatkan bagi solat fardhu, bang & qamat bagi lelaki dan
qamat sahaja bagi perempuan.

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH DALAM SOLAT


1. Berpaling ke kiri atau ke kanan
2. Mendongak ke atas
3. Berdiri sebelah kaki
4. Berludah ke pihak hadapan atau kanan
5. Berlebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk
6. Bercekak pinggang
7. Menyinsing kain atau baju
8. Solat ketika hadirnya makanan
9. Solat ketika hendak qadak hajat
10. Solat pada tempat yang diwahamkan terkena najis

YANG MEMBATALKAN SOLAT


1. Berkata-kata dengan sengaja jika sedikit sekalipun
2. Kedatangan hadas besar atau kecil
3. Kedatangan najis yang tiada dimaafkan pada pakaian badan atau
tempat
4. Terbuka aurat dengan sengaja. Jikalau terbuka kerana ditiup angin
dan ditutup kembali dengan segera, tidak batal
5. Membelakangkan qiblat atau berpaling dadanya daripada qiblat
6. Makan atau minum walau sedikit sekalipun
7. Ketawa yang mengeluarkan suara
8. Murtad
9. Bergerak 3 kali berturut-turut
10. Berubah niat seperti niat berhenti dari solat

Solat seseorang itu akan batal jika dia berbuat bunyi. Boleh berdehem untuk
menurunkan kahak (bukan makanan). Jika rasa terkeluarnya hadas kecil,
jangan batalkan solat kerana itu adalah angkara syaitan untuk menimbulkan
was-was dalam diri kita ketika solat. Kecuali jika ada bau, teruskan solat.


WAKTU-WAKTU YANG HARAM SOLAT SUNAT YANG TIADA BERSEBAB


1. Waktu naik matahari hingga kadar segalah atau tujuh hasta (agak-agak dalam
15 minit selepas syuruk)
2. Waktu rembang hingga tergelincir matahari melainkan hari Juma'at
3. Daripada solat subuh hingga naik matahari kadar segalah
4. Daripada solat asar hingga jatuh matahari
5. Waktu matahari kekuning-kuningan hingga jatuh matahari


Terima kasih kepada owner site :
http://www.geocities.com/mimbarkedah/solat.html


Tuesday, December 9, 2008

AidilAdha 1429 H


salam buat semua...

aidiladha tiba lagi tahun ini. syukur kerana berkesempatan menyambutnya. syukur juga kerana berkesempatan menunaikan ibadah qurban walaupun cuma 1 bahagian saja. gembira juga kerana dapat bersama2 masyarakat setempat (RPT Seri KelebangTambahan 1, Ipoh) bergotong royong menjayakan majlis. terima kasih buat abang nuar, kak wa, abang lamin dan semua krew majlis qurban RPTSKT1 tahun ini.

tak byk planning, tetiba macam raya ni sambut kat rumah kami pula... alan + fiza, yanti + fakhizan + ammar + aishah, iwan + nana + uzair + ummair + adik nana+wife+kid + mak nana, abang + ita + kak yah, nanan + alif + raudhah... best jugak sbb dapat beraya bersama even kecil2an saja. sempat juga buatkan sup gearbox utk mereka. tapi maybe itu la dikatakan takdir, dah buatkan ada yg merasa, ada yg tidak... takpelah, janji teman udah tunaikan hajat nak jamu mereka dgn sup tulang + gearbox + daging qurban tahun ini.

ralat sedikit kerana seperti tahun2 sebelumnya, aidiladha teman tak dapat balik beraya ngan emak kat ayer molek. kesian mak. dgr kabar mak masak juga... hendaknya mak tak kecil hati sgt kerana cuti sehari mmg tak sempat nak berkejar ipoh-melaka-ipoh-putrajaya... moga Allah sentiasa pelihara dan bahagiakan mak... mak pasti teringat saat2 mak kat padang arafah, wukuf, saie, tawaf dan buat haji dulu... diam tak diam, mak dah hajjah dan buat umrah pun! teman? Allah, hanya Dia yg tahu betapa teringinnya hati ini menunuaikan rukun Islam ke5 itu dgn juju... moga2 Dia berikan kami kesempatan sebelum ajal menjelma. aminnnnnnn.

sampai ofis pagi ni agak lengang kerana ramai yg masih bercuti (@buat2 cuti?). dapat kabar baby yusnizam kembali ke rahmatullah... AlFatihah utknya. besar sungguh dugaan Allah turunkan kepada yus + isteri sekeluarga. moga2 mereka redho dan sabar menempuhinya. pasti di sebalik kesedihan ada hikmah yg menjadi rahsiaNYA...

hingga di sini dulu. Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Walillah hilham...

wallahua 'lam.

Insaflah Sebelum Terlambat...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
Walaupun orang yang hadir itu merintih….

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
Usunglah dirimu ke tikar Solat….
Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid….
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada…..
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,….
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya….
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Monday, December 1, 2008

Selamat Pengantin Baru Alan + Fiza


salam buat semua...

alhamdulillah, semalam telah selesai majlis kenduri kahwin alan & fiza. lega semuanya berlangsung baik. thanks to budak2 ikm lumut yg membantu. satu bas dr manjung dgn yg naik motor lagi. meriah sungguh kenduri kahwin terakhir anak dlm keluarga hj amir & hjh aazizah. cuaca pun bagus. cuma on friday n saturday masa nikah & langsung di rumah fiza (kuala kurau), hujan agak lebat juga. apa2 pun, Allah memang baik sangat2 kepada kami, malah kita semua pun, kan?

mak, kak nah, kak lang, kenit, abg mat, abg seli, abg jenal, afan & ayu yg dtg dr melaka menggembirakan teman kerana ada untaian silaturahim keluarga dr melaka ngan perak. sian diorang travel jauh2. moga2 Allah berikan ganjaran pahala atas keikhlasan mereka memenuhi jemputan amak & ayah. pun azmi hussin, ati & daughter serta yusri sekeluarga, ust anuar sekeluarga yg sudi memenuhi jemputan teman. kah2 ingatkan semalam teman dpt escape dr memakai baju melayu sedondon (lavender).. last2 kena pakai gak. boria le!

majlis kat manjoi dihadiri ramai tetamu, maklumlah... kenduri kahwin yg last. agak syahdu bila tengok ayah yg lps kena mild stroke... menitiskan air mata... maybe dia lega, anak dia semua dah selamat bertemu jodoh masing2. pun maybe sbb alan bukan kategori orang biasa yg sihat... dia ada hemophilia... (kalau tak biasa dgr : mudah ckp... penyakit berkaitan darah; darah cair, kalau luka darah tak boleh berhenti..) atas kekurangan itu, kami sekeluarga cuba sedaya upaya membantu memudahkan urusan... itulah kami panjatkan kesyukuran kepadaNya yg membantu serta mengizinkan semuanya berlangsung baik.

pun... ayah maybe sedih kerana tetamu yg hadir masih sihat berbanding dirinya. pun maybe, ada kawan2 yg hadir memberitahu ada kawan2 yg telah pergi... teman amat2 insaf dgn kehendak dan ketentuan Ilahi... apa yg teman lihat pd ayah... amat2 menyentuh hati. hari ini kita sihat, esok lusa belum tau.

hari ni teman cuti. ni pun tgh tggu servis keter kat tan chong service center. ok gak la... ada wifi. mujur bwk laptop. cdg tadi nak copy gambar2 majlis perkahwinan... dah ada wifi ni... layanlah dulu apa2 yg patut. lama la pulak menunggu ni... mana taknya, kol 1 - 2 ptg diorg lunch break. takpe la... free kan aje la diri ari ni bg setel.

anak2 nampaknya bengang sbb teman tak benarkan diorang ikut mak sedara balik ke kl. kononnya nak ke sunway lagoon. tau kenapa teman tak benarkan? sbbnya, bila diorang tak dok depan mata... sukar sgt nak kawal solat. teman lebih rela mereka marah drp teman lepaskan tanggungjawab memastikan kewajipan mereka terlaksana. janjinya lepas raya haji, kami akan bawa mereka round2... insya-Allah kalau ada rezeki lebih.

tadi call ayu nak tanya pasal parking kat ofis, dia cuti. tanya seri.. katanya parking masih macam biasa. ok. dibuatnya tak boleh parking kat area ofis... naya la nak menapak or amik bas... menapak jugak sbb bas berenti kat luar. tak paham org2 yg buat dasar.... suka2 aje tak bg parking tepi jln... kalau byk ruang parking takpe la jugak, kan? nak bli motor pun tak mampu buat masa ni...

kadang2 teman berharap sgt Allah makbulkan doa supaya juju dpt tukar kije dan dok skali kat putrajaya ke subang jaya ke... penat gak travel tiap2 minggu. tapi demi menimba pengalaman, teman akan bersabar kerana Allah akan mengasihani org2 yg sabar, tak gitu?

cukup dulu. ada izin Allah nanti sambung dgn citer lain.

wallahua 'lam.