BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Friday, September 26, 2008

Sayu...

salam ukhwah...

nampaknya Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tak berapa hari saja lagi. sayunya rasa hati... belum banyak amal ibadah terlaksana pun tak bertambah, tetiba dah nak pergi. lebih sayu jika teringat... mungkin ini Ramadhan terakhir buat diri ini? apakah kesudahan hidup hanya dengan bekalan Ramadhan tak seberapa lagi seperti tahun2 terdahulu juga? Allah... terlalu rugi rasanya. moga2 ada belas Allah terhadap kita, moga ada izinNYA buat kita temui Ramadhan 1430H nanti dan mungkin beberapa kali lagi sebelum akhir hayat kita...

banyak kelemahan yg belum diatasi. banyak kekurangan belum dipenuhi. namun Allah, kasihanilah diri ini dan kami semuanya. lapangkanlah dada kami, lembutkanlah pintu hati kami, kurniailah hidayahMU agar kami sentiasa hidup beramal soleh... Masukkanlah kami ke dalam golongan org yg diampuni dan KAU kasihi, ya Rabb!

di kesempatan ini, teman suka mengambil peluang merafakkan sembah memohon jutaan kemaafan dari semua yg pernah teman kenali pun juga yg pernah berurusan. ampunilah segala dosa dan kesalahan teman. teman tidak menyimpan sedikit pun rasa dendam kepada sesiapa kerana pada teman tiada dosa org lain pd teman. semua silap memang berpunca drp diri teman yg lemah ini... jika ada ihsan Allah menunaikan doa teman, izinkanlah teman memohonkan keampunan buat kita semua... moga2 kita mendapat kesudahan mati dalam iman.

puasa kali ini, teman berpeluang berbuka 3 kali di hotel. sekali di hotel 5 bintang, 2 kali di hotel 3 bintang. apa yg teman dapati... per pax hampir rm60 di 3 bintang dan mencecah rm80 di 5 bintang. maksudnya apa? kita berbelanja lebih (terlalu berlebihan?) sewaktu Ramadhan... teman ke hotel 5 bintang atas jemputan menghadiri bengkel oleh sebuah syarikat security dan mewakili pejabat. ke hotel 3 bintang mewakili pejabat ke bengkel anjuran agensi kpm. jika nak pergi sendiri? minta maaf... teman tidak suka berbuka di hotel kerana iman yg goyah. risau terlebih dan terlampau!

apa yg cuba teman sampaikan? dari pengamatan teman, org2 kita... berebut2 mengambil juadah sebelum azan... telan air liur tengok beberapa pinggan full loaded! ada yg 3-4 jenis air dalam gelas2 bersusun depan mata. ada tapi tak ramai yg menjamah kurma sbg juadah berbuka. mengapa sunnah Nabi SAW diabaikan, wallahua'lam. yang sedihnya, org kita makan... makan... makan... tetapi majoritinya apa yg diletakkan di pinggan akan lbh byk tersisa. jarang2 nampak pinggan kosong. mengapa? tamakkah kita? teman sukar hendak memberi jawapan tetapi rumusan teman ialah... jangan mengada2 kalau berbuka di hotel! even you are invited (foc)... jangan salah guna nikmat yg Allah beri. memang juadah terlalu byk... tetapi jgn lupa kita berpuasa, kawallah diri... sayang 1000 x sayang.... di waktu berbuka segalanya terlerai dan kita terbawa2 sifat tamak, membazir dan sewaktu dgnnya...

lebih syahdu... tempat solat disediakan... even imam tarawih disediakan. namun... ke mana perginya majoriti org kita? pujian teman buat hotel de palma, ampang kerana begitu prihatin menyediakan surau yg selesa, imam yg bacaannya ada umphhh... siap sesi qiamullail.. tetapi sekali lagi... ke mana org kita? saja nak kongsi kisah... sewaktu teman menunggu isya'... masuklah 3-4 org hambaNYA yg hendak solat Maghrib. teman tak selesa kerana lagi 1-2 minit akan isya'... jadikan cerita... one of them ditolak ke depan utk imamkan solat... lucky... dia sedar waktu dah habis. dia bgtau jemaahnya... tak boleh solat maghrib dah... nak masuk isya'. lega teman mendengarnya tetapi dalam hati, teman sedih pula... kaum teman dah meninggalkan maghrib kerana sibuk berbuka, bersembang dan merokok! bukan nak tuduh tapi memang teman nampak mereka merokok dan sembang2 depan surau! nak tau selepas itu apa? teman terkejut badak bila "imam" tadi memaklumkan kpd jemaahnya... takpe, kita jamak aje maghrib dengan isya'.... tu dia! boleh ke macam tu? Allah, berikanlah kami semua hidayahMU...

itulah antara asam garam berpuasa di rantau orang... banyak yg teman pelajari tetapi suasana berbuka di hotel memang telah beberapa tahun teman lalui... memang begitulah perangai ramai org kita. apa yg teman mampu hanyalah berdoa agar kita semua insaf. paling tidak biarlah teman mampu betulkan diri sendiri...

wallahua'lam. hari ni ramai kami kat sini 'last day' sebelum bercuti.. cuti seminggu ni rasanya teman nak qadakan masa2 yg terhilang drp berpuasa dan berbuka dgn anak2 dan keluarga. moga Allah mengasihani kita semua dan diberi kesempatan beraya dengan penuh rahmat. sekali lagi... jgn ulang sikap buruk ketika berbuka sewaktu berhari raya. biarkan tv2 kat malaysia sesat dgn kaedah beraya bersama konsert2, nyanyi2, hindi movie, dancing2... kita kawallah diri. ingat: aidilfitri merupakan perayaan agama Islam. jangan nodainya dgn kaedah beraya yg songsang spt anjuran tv2 tu. bykkan bersyukur, bertakbir, bertasbih, bertahmid dan saling kunjung-mengunjung... jangan lupa puasa sunat enam, ok? kita boleh!!

ampun maaf. semoga ada kesempatan bertemu lagi selepas raya.
wassalam.

Thursday, September 25, 2008

Friday, September 12, 2008

Ramadhan ini...

salam semua...

semoga kita semua berada di bawah lembayung Allah sentiasa. sudah 1/3 Ramadhan berlalu. kini fasa makhfirah tiba... sejauh mana teman memanfaatkan masa utk beramal kepadaNYA? terus cuba sedaya mungkin. mana tau teman punya ini yg terakhir. Allah... hanya MU jua yg mengetahui nasib hamba2 seperti diriku ini.

saja nak share... Ramadhan ini telah memberikan byk pengalaman dan pengajaran pd teman sbg perantau.
pertama: hargai masa berpuasa dan berbuka, bersahur dan beribadah dgn keluarga. ia akan sgt dirasakan kekurangan apabila kita melakukannya tanpa mereka. kadang2 rasa nak mengalir air mata bila teringat anak isteri...
kedua: sentiasa cuba dan berusaha menambah ilmu (especially agama) setiap luang yg ada. teman di sini dipanggil ustaz! natijahnya, hampir semua yg ada meletakkan teman bukan di tempat yg sepatutnya. mereka sangka teman penuh ilmu, baik bacaan quran dan pandai selok belok agama. aduhai ya Rabb... teman pasrah dan sedih kerana gagal memenuhi harapan mereka. teman tak alim. teman tak warak. nak sampai ke tahap Hamba Allah entahlah... jauh lagi. apa yg teman ada kini adalah usaha2 menujuNYA. teman belum mampu dalam banyak hal agama. moga2 Allah mengasihani teman dan kita semua dan membukakan jalan agar kita menjadi makhluk yg sentiasa bersyukur...
ketiga : berbuka dalam kereta on the way blk ipoh. nak berhenti belum sampai r&r. nak makan kurma lupa bawak. nak minum air takde. last2 teringat roti toast them gardenia dlm beg (beli tapi tak sempat makan masa sahur)... alhamdulillah, telan saja sekeping. sampai ipo, wife ingat dah buka/makan... tiada juadah lagi. aduh, masak sendiri!
keempat : housemate tiba2 out station. haha, sahur sorang2, ala kadar betul!

ok, ada meeting! jumpa lagi.

wallahua'lam

Wednesday, September 10, 2008

Rupa Paras / Sifat Tubuh Rasulullah SAW


  • Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.
  • Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.
  • Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
  • Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.
  • Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
  • Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
  • Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
  • Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
  • Berhidung mancung.
  • Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.
  • Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
  • Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
  • Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
  • Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)
  • Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak. Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
  • Kakinya juga besar/agak sasa.
  • Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.
  • Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.
Dipetik dari: http://www.geocities.com/pgssajkm/adabrasul.htm#Rupa

Adab Berpakaian Rasulullah SAW



  • Kain sarung/selindang/penutup badan/ baju kemeja (qamish)/jubah.
  • Menyukai warna hijau dan putih.
  • Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
  • Pakaian yang tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis, kemeja terikat dengan kancing baju – kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut yang dicelup kumkuma.
  • Kadangkala memakai kain sehelai/sarung – yang tiada kain lain di atasnya – kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian
  • Memakai kain bertampal – pakaian cara hamba.
  • Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
  • Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang – maksud riwayat Ummu Salmah r.a. – terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
  • Kadangkala mengerjakan solat memakai syamlah – kain bulu hitam.
  • Memakai cincin. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. Baginda chapkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.
  • Memakai qalansuah (kupiah); dengan atau tanpa serban
  • Mempunyai serban as-sahab – awan. Diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.
  • Semasa memakai pakaian baginda berdoa (maksudnya) :- "Segala puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan kpd aku pakaian di mana dengan pakaian ini akau menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia.
  • Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
  • Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda - diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.
  • Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak – diisikan kulit kayu kurma yang halus. Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.
  • Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
  • Nama bendera : Al-‘Uqab.
  • Nama pedang perang : Zulfaqar. Lain-lain pedang : Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
  • Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat panahannya bernama Al-Kafur.
  • Nama untanya : Al-‘Udl-ba, Nama kudanya : Al-Duldul, Nama kaldainya : Ya’fur. Nama kambingnya: ‘Ainah.
  • Mempunyai tempat bersuci/berwuduk dan minum dari tembikar. Ramai anak-anak kecil mendapat barakah dari tempat ini.
Dipetik dari :
http://www.geocities.com/pgssajkm/adabrasul.htm#Pakai

Adab Makan Rasulullah SAW



  • Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
  • Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
  • Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
  • Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
  • Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
  • Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
  • Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
  • Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
  • Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
  • Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
  • Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
  • Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
  • Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
  • Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
  • Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
  • Menyukai roti dengan minyak samin.
  • Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
  • Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
  • Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
  • Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
  • Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
  • Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
  • Tidak menggemari dhab.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
  • Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
  • Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
  • Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
  • Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
  • Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
  • Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
  • Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.
Dipetik dari :
http://www.geocities.com/pgssajkm/adabrasul.htm#Makan

Rasulullah SAW yang kita kasihi..

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anul Kariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

  • Paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
  • Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
  • Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddhuk dan tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
  • Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
  • Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

  1. ‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
  2. ‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Mafhum Firman Allah SWT :

  1. ‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)
  2. ‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu’

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

‘Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’

Ali r.a. berkata :

‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

dipetik dari :http://www.geocities.com/pgssajkm/adabrasul.htm

Friday, September 5, 2008

Thank you Allah!

salam.

rasanya perlu sangat teman bersyukur kerana Allah terlalu baik kepada diri ini, keluarga dan ramai lagi di luar sana. sememangnya pada setiap detik yg berlalu, teman pasti tak sunyi dari melakukan dosa, maksiat, kesalahan malah apa saja ungkapan yg membawa maksud tidak melaksanakan tgjwb sbg hambaNya yg soleh. namun, Dia tetap mengurniakan nikmat dan kesempatan hidup pada kita... TQ Allah.

kelmarin dpt berbuka puasa ngan mak. seronok. bukan selalu dapat peluang gitu. takpelah penat sikit drive. harap2 baki umur mak dapat menyukakan hatinya. Ya Allah, kasihanilah mak...

Wednesday, September 3, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

salam...

sedar tak sedar, dah masuk 3rd day kita berpuasa. ni kali pertama puasa jauh dr family sejak berkeluarga. sebelum2 ni pergi meeting luar sekali sekala kira ada gak la. tapi berpuasa di tempat baru ni mmg berbeza sgt... byk nak kena sesuaikan... tapi yg pasti semuanya nampak mudah dan dipermudahkan olehNYA.

petang ni nak balik kpg kat melaka. nak bukak puasa ngan mak. kesian mak, selalu sorang2 aje. ok, nanti sambung.

wassalam.
wallahu a'lam.