BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Wednesday, November 19, 2008

Tentang Dosa

Sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. adalah antara sebesar-besar amalan yang menjadi kaffarah bagi noda dosa kecil yang kita lakukan. Dosa-dosa kecil bilangannya amat banyak menjadikan ianya sukar dihindari bahkan kadangkala tak sedar atau tak terasa pula kita yang sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu merupakan satu dosa di sisi Allah s.w.t. Manakala sikap memperlekehkan atau meremehkan dosa kecil adalah satu dosa besar yang memerlukan kita memohon ampun dengan bertaubat kepada Allah at-Tawwab. Oleh itu, jangan sesekali meremehkan sesuatu dosa, baik kecil apatah lagi yang besar. Begitu pula jika dibiarkan dosa-dosa kecil itu berkumpul sehingga berlonggok-longgok dan bertimpa-timpa lalu menggelap serta menghitamlegamkan hati sanubari menjadikannya keras seperti batu. Atau dosa-dosa tersebut dilakukannya berulang-ulang, tanpa dikaffarahkannya dengan amalan sholeh atau dengan taubat kepada Allah, ianya juga menjadikan dosa-dosa tersebut sebagai dosa besar, sebagaimana dinyatakan oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam “al-’Arba`in fi Ushuliddin“:-
و الإصرار على الصغيرة أيضا كبيرة
فلا صغيرة مع إصرار و لا كبيرة مع رجوع و استغفار
“Berkekalan atas dosa-dosa kecil adalah juga dosa besar. Maka tidaklah dikatakan dosa kecil jika ianya dikekalkan dan tidaklah dikatakan dosa besar jika ianya ditaubati dan dipohon keampunan Allah.”
Berbalik kepada sholawat, maka telah masyhur beberapa hadis yang menyatakan ianya menjadi kaffarah dan penghapus bagi noda dosa. Sebagai tambahan sahaja kepada hadis-hadis yang telah masyhur tersebut, satu nukilan dari “asy-Syifa`” karya Qadhi ‘Iyadh al-Yahsubi, sebuah atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. yang menyatakan:-
الصلاة على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم
امحق للذنوب من الماء البارد للنار
و السلام عليه افضل من عتق الرقاب
Ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. dapat memadamkan yakni menghapuskan dosa lebih daripada air sejuk memadamkan api. Ucapan salam kepada baginda lebih afdhal daripada memerdekakan hamba sahaya.
Maka sewajarnya kita hamba yang dosanya sudah bertimpa-timpa memperbanyakkan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. Apatah lagi pada malam dan hari Jumaat, hari dan malam di mana ganjaran amalan digandakan Allah. Kita sedia maklum dari hadis-hadis yang biasa kita dengar menyatakan bahawa bagi setiap ucapan sholawat kita ke atas Junjungan akan diberi balasan 10 kali lipat oleh Allah s.w.t. Di samping itu ada juga riwayat yang menyatakan bahawa balasan bagi setiap sholawat diberi balasannya oleh Allah dengan 70 kali ganda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya yang menyatakan:-
من صلى على النبي صلى الله تعالى عليه و سلم مرة
صلى الله تعالى عليه بها سبعين مرة

“Sesiapa yang bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sekali, maka Allah akan merahmatinya 70 kali” .
Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahnya kepada kitab “asy-Syifa`“, menyatakan bahawa kedua-dua hadis tersebut tidaklah bercanggah kerana gandaan 70 kali tersebut berkemungkinan adalah bagi sholawat yang dilakukan pada hari Jumaat. Beliau menyatakan, antara lain:-
إن هذه المضاعفة تكون بخصوص يوم الجمعة
اذ قد ورد ان الأعمال كلها تضاعف فيه بسبعين ضعفا
و هو يؤيد ما ورد انه اذا وافق يوم عرفة يوم الجمعة
كان حجه بسبعين حجة

Bahawasanya gandaan pahala ini berlaku kerana kekhususan hari Jumaat yang mana telah warid bahawa segala amalan pahalanya diganda 70 kali ganda pada hari Jumaat. Dan ianya menguatkan apa yang warid bahawasanya apabila bertepatan hari ‘Arafah (hari wuquf) dengan hari Jumaat, maka ganjaran hajinya akan diganda dengan pahala 70 kali haji.
Allahu … Allah, moga penghulunya segala hari kita ini dipenuhi dengan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w

Jika mengetahui penghujung usia kita...

Benarkah setiap orang mempunyai aura tersendiri?

Ahmad Lutfi Othman


Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya - berdasarkan pengalaman pesakit serupa - tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkinanda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita. Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.
Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal. Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (maksud al-Baqarah: 197).

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang takwa menjawab: " Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya. "

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan jugasatu "cara" untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad? Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti. Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya ... alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi. Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

"Cepat-cepatlah tulis autobiografi, " gurau seorang kawan bila mendapat tahu saya sering sakit. Saya tidak pula mengambil berat saranannya kerana ... apalah sangat yang mahu dikongsi pengalaman hidup yang mendatar-kelabu ini, dan benarkah sudah singkat benar baki usiaku! - mks. _

Monday, November 17, 2008

Lone Traveller

salam...

alhamdulillah, masih dpt hidup dengan selamat saat ini. semoga makhluk2 Allah yang lain juga selamat, selagi belum sampai waktu untuk kembali mengadapNYA atau mengadapi musibah yg telah ditentukan juga olehNYA.

pagi ini sampai awal ke ofis di putrajaya ni. gerak awal dr seri kelebang pg tadi, about 3.45 pg. tiba kat tol jln duta sekitar 5.40 pg. travel sorang2 pagi ni boleh tahan jugak la. stopped kat rnr behrang utk nature's call. tengok kat situ ada dua org mat motor tidur atas bangku... kesiannya teman tengok. dlm kesejukan waktu itu, mereka melepaskan lelah dan mengantuk... kiranya teman masih beruntung mempunyai kereta, kan? itulah, kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada...

well, utk hari ini belum tau rencana Allah utk teman... kalau ikut perancangan, lps lunch hour nanti sambung training java. apa2 pun, teman berdoa semoga Allah sentiasa mengasihani kita semua dlm menempuh saki baki hayat yg ada ini...

wallahua 'lam.

Dr. Fadhilah Kamsah menulis...


Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih.

Friday, November 14, 2008

Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Peranan Umat Islam

Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali - Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang

Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut).

Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.

Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauh mana keimanan mereka itu kepada Allah, seperti mana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab

1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),

2- Berlaku gempa bumi, ribut taufan, banjir kilat, tanah runtuh

3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.

Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya' yang lain.

Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.

Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.

Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.

Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah. _

Sudikah Wanita Dimadu...?

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.


Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri. "Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranau sahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!! PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRIMU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI… TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…


BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Sumber: http://rawdha-sakeena.blogspot.com

Thursday, November 13, 2008

Tipah tertipu...

salam...

ptg smlm dpt surat yg diminitkan utk wakili boss ke mesyuarat di bkt kiara. pagi ni lepas punched-in, bukak emel jap... then off to the particular place. reached there 15 mins b4 nine. jumpa bilik yg dimaksudkan but it was empty. asked a guy, he said the place is exactly as stated. waited til 9.05 am. called the organizer... what a surprised to know that the meeting had been canceled! aghhh, aku tertipu! lebih lawak when that particular office had a fire-drill during that time! so, enjoyed myself joinned them...

after a breakfast treat by the organizer somewhere in bkt kiara, went to lp jln duta. rubiah, yana, kak biha, kak ti, yusuf and nazir were there too. had a chance to see the team from the vendor @ company installing the servers. fulla... something interesting and excites me. so many servers, so many hard drives... dahsyat jugak mamat2 yg handle installation tu. tabik la. how i wish to be able to do things like they did.

hah... guess what? since yesterday, i booked air asia ticket. somewhere in jun 2009, hope will have the opportunity to go to kk with juju, then somewhere in jul 2009 plak to miri/brunei with juju and the kids. in sept 2009, planned to bandung with juju. hahaha, funnynya bila rubi bgtau yg time tu tgh bulan puasa! hoye, hoye.... gi bandung bulan puasa! belasah aje la... hendaknya Allah izinkan perancangan ini berlangsung tanpa halangan. kesian family teman especially anak2 yg dah lama tak pegi trip pun naik flight. teringin sangat nak tengok brunei. walau ramai ckp brunei takde pape... tapi still nak tengok... moga2 panjang umur, ada rezeki nak pergi sume tu. amin. kadang2 terfikir bagus juga air asia ni wujud... beri peluang pd low budget people cam teman ni utk terbang, kan? yekla, tiket free utk gi kk, miri, bandung... cuma bayar taxes je. ok la tu, kan? kot ada sesapa yg tgh fikir2 nak bwk family round2, takyah fikir lama2 lagi... sementara ada hayat dan rezeki, tempah je tiket tu dan bawak anak2 melancong. jgn risau, jgn boros... ikut kemampuan saja. kita minta tolong dgn Dia biar perancangan diberkati, ok?

nampaknya ini dulu. ada masa teman sambung.
wassalam, wallahua 'lam.

Tuesday, November 11, 2008

java training

salam...

well, today is the 2nd day attending this java programming class. kepala dah mula berasap sebab teorinya susah nak tangkap. bila coding ok je sbb ikut cikgu... even ada basic programming masa 1st degree... tapi bila cikgu shamala ajar... mcm ada block kat kepala ni. akibatnya? mata nak pejam je. anyway, harap2 ini jadi salah satu cara utk improve myself. tak tau apa esok. Allah dah tentukan. doa moga kesudahan yg baik menanti. amin.

this week jugak last anak2 gi skola tahun ni. seronok diorang sbb nak cuti panjang. terfikir jugak kalau teman masih cikgu, akan rasa seronok juga, kan? lupakan saja. kalau tak ke sini, byk menda teman tak tau. teman patut hargai ujian dan takdriNYA ini. kalau masih dok di skola kat ipoh, itu saja la yg ada... at least mai sini dpt tau many new things.

ok, clas java nak start. nanti sambung!

wallahua 'lam.

Monday, November 3, 2008

Alangkah...

salam buat semua...

agak lama juga tidak pos apa2 di sini. bukan tiada masa, cuma tiada kesempatan agaknya. last week selepas raya org india, the whole week dok kat ipoh. mesyuarat di heritage, ipoh. seronok juga tido kat umah lebih seminggu... yekla, sejak di putrajaya... kesempatan begini amat berharga!

seronok juga kerana mem tak byk masalah. teman risau kalau dok jauh2 ni tetiba ada masalah yg menggugat jiwa raga. cuma... anak dara yg sorang itu la. doa selalu teman panjatkan moga kami sekeluarga beroleh bahagia dunia, akhirat. ayah mana tak sayangkan anak, kan? teman memang selalu marah tetapi teman cuba elak drp buat dia sakit dgn pukul atau apa2 btk tindakan. tetapi kdg2 terasa juga hati bila anak2 especially yg sulong pun buat tak peduli je ngan apa yg kita kata. seolah2 tiada maknanya status seorang ayah! kenapa ye? guru-guru, kawan2, penyanyi, pelakon begitu dipuja tetapi mak ayah tidak dikisahkan? alangkah berat tanggungjawab mendidik anak2 di zaman ini. hanya kepadaNya teman berserah dan mengharapkan agar dicampakkan hidayah ke dalam hati anak2 ayah... moga menjadi manusia berguna, soleh dan solehah...

lepas more than a week ada kat umah, nak balik ke putrajaya amat la berat rasanya. set alarm 3.15 am tapi bangkit 3.50! rasa sgt sejuknya nak mandi... then bila nak kluar rumah lepas cium adik, kejut nazmi... dia bangun, salam dan kiss ayah. sedihnya bila nadiah terlalu berat nak bangun! dia punya reaksi time tu amat mengecewakan. sekali lagi hati teman tersayat kerana anak dara tu tak menjadikan ayahnya ini seorang yg penting dalam hidup! tidurnya itu lbh utama drp seorg ayah yg terpaksa pulang jam 4.15 pg ke putrajaya! ohhh anak... apa akan jadi jika pg td itu merupakan yg terakhir dia ada ayah? tah la macamana nak buat dia sedar hakikat, kasih dan sayangi ayah, mama, keluarga ketika ada... jika sudah pergi, apalah lagi maknanya tangisan? itu pun jika rasa sedih setelah kehilangan. Allahhhh...

pemanduan pg tadi merupakan seksaan pada teman. tak tau kenapa, mengantuknya sampai maksimum. risau sampai lewat dr jam 7.30 am, teman try juga trus drive even membahayakan. finally dah tak boleh tahan, teman stop kat rnr bernam@tjg malim. lena jap dlm 10 mins. since dah subuh, trus solat kat surau. even tersasar dr rancangan nak subuh kat guthrie... redah saja la sbb dah dkt jam 6 pg masa tu. tah dr mana, pagi ni ramai pulak budak2... mcm students ipt. lelaki perempuan ada.

kat surau tu, ajak seorg mamat jemaah tapi dia keberatan... blasah solat sorang2 je. rugi rasanya. yg nak share ni... apa yg pernah teman share dlm post terdahulu... sempurnakah solat kita? kenapa? lepas solat... sementara nak istighfar, doa... teman sempat perhati sorang drp budak student td solat. adusss... sudahlah sgt pantas bacaan dan rukun2nya... tiada pulak toma'ninah... sedihnya waktu tu. alangkah lemahnya teman kerana tidak mampu menegur dan memperbetulkan. hanya dalam hati teman doakan moga dia diberi petunjuk. teman rasa, solat subuh berserta qunutnya less than 3 mins! sedangkan kalau dibaca dgn tartilnya surah alfatihah sahaja dah lbh 30 saat! seolah2 mengejar sesuatu je nampaknya. takutnya teman bila teringatkan anak2 kat rumah... boleh pastikan rukun mereka jika solat depan mata... tapi bila berjauhan? Allah, pls help me on this!

sampai di ofis slightly after 7.15 am. kira on time lg. dah sminggu tak masuk ofis. tapi nothing seems changed... cuma azira dah tiada. tahniah zira, moga lebih sukses di tempat baru di mof. teman percaya, rezeki Allah buat hamba2Nya tak sama... makin senang hidup, makin besar ujiannya. namun setiap kesusahan juga Allah sertakan kesenangan jika kita tetap bersabar.

wallahua'lam. moga ada kesempatan lain nanti.