BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Monday, October 13, 2008

balik kampung lagi!

salam...

teman skang di hotel emperor, jln munsyi abdullah, melaka. sminggu kat sini. kira balik kpg gak la ni. last night sampai around 10. punyalah sengsara, nak kluar dr ipoh awal tapi juju ngan adik tak sihat. kena gorengkan anak2 mi dulu. last2 kol 5 lebih baru kluar. ujan lebat sgt. trapped banjir kat ipoh lagi. mujur lepas.

bila dah sampai, terasa bersalah pulak tinggalkan juju ngan adik yg tak sihat tu, tapi dah amanah... kena jalankan juga. moga2 Allah peliharakan dan beri mereka perlindunganNya.

nanti sambung!

Thursday, October 9, 2008

Betulkah solat kita?

salam ukhwah.

pagi ini teman bersyukur kerana masih diberi Allah kesempatan hidup dan mengecap nikmatNYA. kluar dr umah di teras jernang sekitar 6.45 pg. wahh, berkabus sepanjang perjalanan ke pejabat di putrajaya ni. terasa macam kat oversea le pulak. even teman blom berkesempatan merasa suasana sejuk musim dingin tapi agak2nya gitu la kot, no? pengalaman di perth 2005 dulu tak sejuk sgt sbb bukan musimnya. tapi menggigil juge le... tah, ada ke lagi pluang ke luar negeri? kengkadang kesian jugak kat juju ngan anak2... tapi teman belum mampu nak bawak mereka cari pengalaman di luar negeri. waimah... malaysia ni pun tak habis round lagi! amin amin... moga dipermurahkan rezeki dpt gi tunaikan haji, umrah dan jalan2...

semalam teman linkkan site berkenaan sifat solat nabi saw... harap2 ada netters yg dah sudi membacanya. kenapa? sebab... kalau dibukakan pintu hati kita untuk menatapnya... mungkin kita akan dapati terdapat perkara yg dilakukan nabi dlm solatnya tidak kita lakukan! ini bermakna kita tidak solat 100% macam solat baginda... abis tu? kalau kita tak ikut nabi, apa citernya?

teman pun terkedu kerana telah lebih 30 tahun solat, rupa2nya ada perlakuan dlm solat teman menyalahi solat nabi. contohnya? banyak!!!

pertama2nya... takbirratul ihram... biasanya lafaz takbir tu teman panjangkan "Allahhhhhhhhhhhu akhbar" kerana ingin menyempurnakan niat dlm hati. rupanya silap... lafaz tu tak harus dipanjangkan. 2 harakat saja. ustaz kata niat ialah lintasan hati, bukan lafaz lisan yg panjang tu... kedua, perbuatan angkat kedua tangan ketika takbir... nabi membuka kedua tapak tangan dgn jari lurus rapat ke atas dan diangkat separas bahu, kadang2 ke paras telinga... teman buat biasanya melepasi telinga! ketiga... kedudukan tangan "bersedekap" sewaktu solat... biasanya teman letakkan tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri di atas perut di bwh dada dan agak ke kiri sedikit. rupa2nya.. nabi meletakkannya di atas dada! selama ini teman diajar agak berbeza solat lelaki dgn solat perempuan especially soal letakkan tangan ni tapi... rupanya itu bidaah. solat lelaki dan perempuan sama saja di segi perlakuannya. keempat, rukuk... teman sekadar letakkan tangan di lutut. rupanya nabi menekan lutut dengan jari terbuka lurus... punggung dan belakang akan lurus (90 darjah)... memandang ke tempat sujud. kelima... berdirinya nabi selepas rukuk (tama'ninah) agak bersamaan dengan tempoh rukuk... dan badan lurus. teman selama ni sekadar senafas, terus sujud. keenam? sujud nabi dimulakan dengan kedua tangan mencecah bumi dahulu tapi teman pulak lutut yg cecah dulu. waduhhh... byk skali bezanya. ada lagi... nanti kita kongsi.

so, moral of the story... rajin2 la check solat kita. kalau tak sama (ikut) solat nabi, kita ada masalah. jom la kita koreksi diri sebelum dihisab Allah nanti. jangan lupa... di akhirat nanti solat yg pertama2nya diperiksa!!! moga kita diberi petunjuk dan hidayah Alah sentiasa, amin.

wallahua 'lam.

Wednesday, October 8, 2008

Kekasihku... Aku rindu!

salam buat semua...

sesungguhnya ada ketika2nya hati ini terasa sangat rindu dan sayu teringat kekasih, insan paling mulia... sudah begitu lama kali terakhir dapat bermimpi bertemunya. itu ketika zaman remaja, masa belum byk dosa agaknya... kini, hampir 4 dekad umur... rasa terlalu rindu ingin bermimpi lagi bertemu... walau dulu sekadar dpt melihat belakangnya dalam mimpi, namun ketika sedar hati terus mekar kasih akan dia. namun kini, layakkah diri ini bertemunya lagi? setelah begitu banyak dosa dan kesilapan serta mengabaikan sunnahnya?

alangkah jauhnya diri ini dari kekasih yg teramat dirindui... layakkah teman bergelar umatnya? malu rasanya bila terasa diri tak layak... namun, harapan menggunung tinggi, moga Rasulullah SAW tetap kasih kepada umatnya yg lemah seperti teman ini.

Ya Nabi,
teman bermohon ke hadrat Ilahi agar diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan mencariNYA dan mengikuti jalanmu... semoga akhiran hayat ini nanti, akan diberikan kesempatan mati dalam iman, islam dan diperakukan sebagai hamba Allah dan umat Nabi SAW. betapa kepinginnya akan nikmat itu... kasihanilah hambamu ini ya Rabb. tergenang air di kelopak mata mengingatkan saat2 itu... izinkanlah aku bertemu MU ya Rabb dlm keadaan yg kau redhai... begitu pula kau berilah nikmat juga buat mak, ayah & ibu mertuaku, isteriku, anak2ku, kaum keluargaku dan semua muslimin, muslimat... kami pasrah ya Allah.

Monday, October 6, 2008

oo balik dari kampung...

salam semua...

alhamdulillah, kita dapat beraya lagi tahun ini. next year? harap2 masih ada kesempatan diberi Allah. so, selagi ada usia ni, jomlah kita tambahkan amal... kot2 takdan next ramadhan@syawal... taklah ralat sgt, tak gitu?

haha, ni raya pertama teman kat putrajaya. balik ipoh on friday hari tu ngan hj nazmi... jalan clear je. balik melaka on sunday... pukul 4.30 pg! punya la mengantuknya... sahur kat rnr tapah... makan nasi goreng yg buat kat umah... seronok jugak tgk anak2 makan... at least pengalaman itu tak dpt diorg nak bli kat mana2...

yg nak story ni...

balik ke teras jernang semalam. journey bermula dr umah hj nazmi around 3.30 pm. highway memang packed la cam biasa... hj nazmi exit kat bidor utk asar sbb rnr semua full. kat masjid bidor pun penuh! trus hj nazmi amik jln lama... agak ok... tapi silap tak kluar kat tjg malim... jem giler2 kat rawang... kami stop maghrib kat rnr jejantas sg buloh. antar anak hj nazmi kat pantai dalam, we reached home finally at 10 pm! puas dok dlm keter! tu yg tringat lagu balik kpg tu... tapi kena terbalikkan liriknya la...

so, jom kita mula puasa enam... mmg ada byk hari lagi. tapi kalau tak mula, bila nak habis? yg susah nak start je... dah dpt sehari... insya-Allah tak susah menghabiskannya. jgn sia2kan peluang yg Allah beri setahun skali ni. ingat!! next year belum tentu!

raya ni....
dapat jugak bantu catkan sikit umah mak kat kpg. even tak dpt cat semua, at least hajat mak tercapai la jugak. cuma, agak sedih ngan keadaan mak sekarang. mak nampak tak sakit tapi psikologinya mak stress. teman berdoa moga2 mak diberi ketenangan dan hidayah sentiasa. kesian mak. di waktu umurnya begitu, mak patut selesa beramal tapi mak pilih utk hidup sorang2... memang la mak solat semua tapi kalau mak nak menetap di mana2 umah anak2... mak akan lbh byk masa utk ibadah... bila hidup sorang2, semua nak kena buat sendiri. teman sgt2 mengharapkan Allah berikan mak kebahagiaan di sisa umurnya dan diberikan juga kesudahan mati dlm iman... kasihanilah mak, ya Allah.