BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Wednesday, August 27, 2008

Satu Perubahan

salam to all..

well, Alhamdulillah... di pagi ini ingin teman merakamkan setinggi2 kesyukuran kerana masih diberi kesempatan hidup yang sihat, pun kerana masih dikurniakan nikmat kehidupan kepada kita semua. pun insya-Allah moga diberi juga kesempatan kita menemui Ramadhan al Mubarak tahun ini. marilah kita sama2 bermaafan dan berazam menjadikan Ramadhan ini sebagai yg terbaik. mana tau yg akan dtg tidak ditakdirkan utk kita? so, let us give and do all the very best we could. bykkan bersabar dan hisablah diri sebelum hari yang DIA tentukan... teman yakin, kita semua ada potensi melakukan segala kebaikan, cuma ia perlu dipupuk, disemai, dibaja... yg penting kesedaran bahawa setiap satu perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan nanti... bukankah baik jika apabila sampai waktunya, amalan kebaikan kita yg ikhlas mengatasi yg sebaliknya... di waktu tiada siapa yg mampu menolong, hanya Allah yg tahu nasib kita nanti. makanya, teman berseru kepada diri sendiri dan anda semua... marilah jadikan hari ini lebih baik amalan kita drp yg semalam...

pun, teman bersyukur juga kerana pilihanraya di P44 telah selesai dan kemenangan telah termaktub. moga2 Allah kurniakan kita kepimpinan yg terus menjulang Islam. sangat penting bagi kita menyokong dan memenangkan pendokong kepimpinan Islam. teman sangat2 berharap kepimpinan yg ada kini akan menjadikan Islam sebagai the way of life and the root of every single move in administering the country...

sebagai rakyat marha'in... teman hanya mampu berdoa moga negara ini tidak dilaknat Allah kerana kepimpinan terpesong dari ajaranNYA dan melanggar pula hukum Allah. terlalu byk yg kita saksikan... hanya DIA yg mampu memberi hidayah dan jalan keluar. teman sgt yakin Allah akan membantu hamba yg mahukan Islam dan bersedia berkorban demi agamaNya.

jika kita perhatikan, isu avril lavigne... kita akan rasa sesak nafas dgn gaya org yg membuat keputusan. sukar utk teman memahamkan rasionalnya. di waktu Ramadhan menjelma dan merdeka juga tiba... negara kita mengagungkan artis? aghhhh, Allah berikanlah kami kekuatan. pun, jika kita tonton tv3... sibuk diwawarkan akan ada rakaman konsert utk syawal... la haula wala.... puasa pun belum satu hal... nak sambut hari kemuliaan Islam dgn cara itu? aduhai...

apa2 pun, sesuatu tidak berlaku tanpa Allah mengizinkannya. tentu ada yg hendak Dia uji kita dgn segala yg berlaku/bakal berlaku. kita usahakanlah bersama2 agar kita serta keluarga kita dan semua2nya terpelihara di bawah naungan Ilahi.

wallahua'lam.

Wednesday, August 20, 2008

Alhamdulillah, terima kasih Allah!


salam semua...

syukur sangat2 kerana dengan izinNYA dapat juga teman tempat tinggal. taklah risau nak fikir bila habis waktu pejabat: nak balik mana, ek? thanks to azmi hussin yg suggest utk contact hj najmi... thanks jugak kat hj azhar yg beri no. phone yg betul... so, buat waktu ni teman boleh menetap di rumah hj najmi and the gang. dia kata duduk lama mana pun boleh. nak tau kat mana? hahaha, teman sendiri tak pernah tau ada tempat nama camni : Teras Jernang! di mana? rasanya ia kat dengkil tapi tak jauh dr bangi. keluar tol bangi dlm 3 km sampai la kat desa sentosa tu. dari ofis 12km saja. yg penting no toll, no jamn.

rumah tu apartment 3 rooms. diorang memang dah bertiga tapi hj najmi kata boleh sorang lg... ala, hidup style org bujang, senang je... semua pun married. hj najmi and the gang tu pun tak lama lagi pencen... so, mana tau dok ngan veteran ni ALLAH nak beri lebih hidayah, ye tak? amin... hj najmi pun sokong teman mai sini... pengalaman di sini tak sama dgn di ipoh dan ia tak mungkin boleh dibeli dengan duit.

so patutnya ptg ni balik ipoh coz esok ptk... tapi maybe balik mlm sbb nak capture gambar bunga api dulu. dengar itu, wife ngan anak2 eager sgt nak join. so, moga2 dizinNYA agar mereka dpt dtg ngan bas ptg nanti dan join tengok bunga api...

lupa nak share... yesterday selepas pegi hantar borang kuarters kat bph, jpm... kami (dgn izi, yana) singgah kat alamanda. pegi fotokem... akhirnya beli juga dslr camera nikon d60. dah lama berhajat tapi dipendam. mai kat sini, kena pulak tugas di bidang multimedia, boss pulak sifu fotografi... apalagi... hobi yg dah ditinggalkan nampaknya insya-ALLAH akan kembali mekar! so, itulah yg beria2 nak amik gambar bunga api mlm ni... dulu masa muda2 pernah la amik tapi guna kamera compact yg pakai filem tu... moga2 hobi ini akan lebih mendekatkan teman dengan ALLAH kerana imej2 yg dirakam semuanya milikNYA ataupun datang dariNYA juga. mana tau dpt ramai kawan yg memang sehaluan...

apa2 pun, teman yakin ALLAH akan mengasihani hambaNYA... yakini juga doa akan dimakbulkan Tuhan dengan berbagai cara. hendaknya mak, wife, anak2 dan kawan2 selalu mendoakan... Tiada lain tempat bergantung, hanya DIA.

walahua'lam.

Friday, August 15, 2008

Rumahku, Syurgaku

salam.

this morning traveled from tmn saga, ampang. nearly 40 km. tol rm2.50, compared to shah alam rm3.90 > kira ok jugak. 3rd day here. a lot of new things being discovered one after another. tak masuk sesat jalan lagi tu. ohya, met zamry oilman last night. pergi rumah dia. wow, memang grand... sesuai la dgn status "org minyak" dia tu! baik hati dia siap offer teman stay kat kondo dia yg sdg dlm proses nak jual. setakat sebulan dua boleh katanya. hanya jarak itu yg sikit masalah. dia pun sanggup susah payah hantar @ tunjuk jalan ke tmn saga... what a friend! thank you bro! still looking for a place to stay. yakin Allah akan tunjukkan jalan tapi memang kena usaha, doa dan tawakkal serta lebih bersabar. ada tu... cuma belum jumpa.

amin amin amin ya Allah. please help me.

Wednesday, August 13, 2008

Welcome to Putrajaya!

salam to all..

Alhamdulillah. finally i got here in lpm (block e 11) putrajaya. reported myself today and introduced to new bosses and colleagues. hopefully Allah will give me the strenght to give my best. i want to do my best as this is suppose to be ibadah. living my family back in ipoh maybe is not a good idea to many peoples. but as i believe there is always good things awaiting here from Allah, i'll take the new challenge.

it seems this maybe a nice field to work... multimedia is my interest.

oh Allah, please guide me. please help me.

now, i am looking for a place to stay.
somebody offers a house but to far.
hopefully Allah will let me get a place to stay nearby.
else, stay at masjid putrajaya?

wallahua'lam.

Tuesday, August 12, 2008

Good Bye Poi Lam, C U Ipoh...

salam to all.

returned call to my future boss yesterday. he asked about the letter. i promised to call and find out today... early morning, received a call from former school (smkjj) telling that i am transfered to putrajaya! so, finally the letter (@ fax) came in. i should report for duty effective on the 1st of aug. so, since it is already 12th today... tn hj (lpm) said, i need to report myself tomorrow.

so.....

may i say... good bye to poi lam? a friend asked : is it happy or sad? i replied : its a mix feeling. the principal and pk got shocked and nearly not knowing what to say. well, i pretended innocent and just smiling.

Allah! thanks for everything decided for me. i'll go and accept the new challenge. please Allah, guide me in everything. i am nothing without YOU Allah.

may i say... CU Ipoh? i am going to putrajaya early morning tomorrow. then i'll arrange what is needed. then, definitely i'll be back to ipoh. i know its gonna be tough but may Allah give me and my family all the strenght.

wallahua'lam. nanti sambung maa...

Friday, August 8, 2008

Carilah ketenangan di masjid, surau


salam semua. bahan ini saya petik dari :
http://darulmujahidin.blogspot.com/

Oleh: Ust Zainudin Hashim

08 Ogos 2008 :Jumaat

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam


Ayah Mengamuk!!

salam.

last 2 nights bila sampai je kat rumah, time dinner... tiba2 dpt cerita ada orang tak solat maghrib. la haula wala... rasa tak masuk nasi ditelan. takpe, sabar dulu. sebelum itu pun dari manjoi lagi ada orang dah tested kesabaran... Allah, sesak nafas dibuatnya.

no wonder when i stepped in, dua-dua kalut2 nak solat. rupa2nya ada salah besar yg dah dibuat. so, kononnya nak diplomasi la... then dpt ilham guna strategi "mengamuk"... yg benarnya bukan nak dera sgt budak2 dua orang tu. tapi rasanya kaedah rotan lebih baik dlm keadaan itu. bila ditanya mengapa tinggalkan solat maghrib... alasannya langsung tak boleh diterima. sabar punya la sabar... tapi bila si kakak beritahu dia dah qada... rotan terus hinggap di kaki. rasanya tak la sakit sgt pun... ada lapik seluar. masa tu niat nak mendidik tapi mungkin tertewas juga dgn nafsu amarah. meninggalkan solat tanpa alasan darurat yg dibenarkan syarak amatlah menyakitkan hati. waimah org yg sakit skalipun kena solat, inikan pula sihat walafiat.

panjang jugalah tarbiah mlm tadi. moga2 Allah campakkan kelembutan ke dalam hati dan hidayah buat anak2 ayah yg tersayang. percayalah, ayah kasihkan kamu. ayah marah, ayah hukum kerana sayang. ubahlah perangai. cintakanlah kebaikan, beramallah sebanyak2nya. himpunkan pahala semaksima mungkin sbg bekal ke alam sana...

ajal bukan boleh dihitung anak2. selagi ada usia, gunakanlah utk melaksanakan segala kewajipan sebaik mungkin. tampalkanlah dgn amalan sunat kelak bila diri telah terbiasa dengan amalan mulia... jiwa akan rasa tenang. tiada risau jika hidup mati kita hanya kerana Allah.

anak2 ayah,
janganlah terpedaya dengan dunia sementara ini. kalian patut bersyukur kerana punya masa yg mungkin panjang utk mengumpul bekalan... ambillah peluang, lipat gandakan amal, ikhlaskanlah hati dan betulkan niat. insya-Allah di akhirat sana kalian akan terpelihara. jadilah umat Nabi SAW yg menyintai baginda... kelak di sana nanti, kita tidak terhindar dari syafaat Nabi.

jadi pemaaflah anak2 ayah... memaafkan org lain menjadikan hati kita tenang. mohon ampunlah dan bertaubatlah setiap masa, moga kita terpelihara di bawah rahmat Allah. ayah mohon maaf kerana menghukum kalian. percayalah, setiap apa yg kita usahakan di dunia ini ada balasannya dari Allah nanti. maka, marilah kita jadikan kehidupan sementara ini sebagai jambatan menuju Allah. rinduilah kebahagiaan di sana anak2...

Saturday, August 2, 2008

Penantian Satu Seksa?

salam buat semua...

beberapa hari tidak sempat berkunjung ke blog ini. agak bz dgn tugasan di sekolah; skt dan hari anugerah. now everything is over. bertenang sedikit. jadi, di kesempatan yg ada ni, rasanya teman hendak berkongsi tentang penantian... sebenarnya jika mengikuti perkembangan, teman udah menanti sejak beberapa bulan; mula2 utk keluar dr ppd, kemudian utk berhijrah ke putrajaya...

roughly a week ago, someone from putrajaya called and told that i should report for duty on 1st f aug! that was yesterday... gee, i am still here in ipoh today. nak tau? funny thing happened. there was no letter for me... now i am told to wait till the 16th of aug. well, only Allah the best in everything. DIA tahu apa yg terbaik, bila, bagaimana dan apa pun cara...

so, dgn izin Allah... teman akan tetap setia menanti... biar apa pun yg Allah takdirkan, teman redho dan terima dengan hati terbuka. hanya DIA tempat bergantung.

yesterday, phone motorola l7 isteri teman lebur! ghaib beb... tak salahkan sesiapa. dah takdir nak hilang. kesian jugak la kat bro pomen tu... kalau ikutkan logik, dia patut rasa bersalah sebab hilang dalam simpanan dia. dia yg simpan dalam laci kereta tu. biarlah. Allah nak ambil, biar saja. ada rezeki NYA, cari lain. cuma, moral of the story... nombor2 telefon dlm phone tu kena buat backup. phone hilang, sim card hilang... contacts pun ghaib!

sampai jumpa lagi!

wallahua'lam.