BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Tuesday, December 16, 2008

SOLAT


Salam semua...
Pagi ni saja nak share info ni sebagai mengingatkan diri teman sendiri yang selalu
terlupa byk perkara...

Solat adalah satu ibadat yang memperhubungkan hamba dengan tuhannya,
mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir
disudahi dengan salam. Berikut adalah nama jenis-jenis solat fardhu dan sunat.

JENIS SOLAT


Solat Fardhu; iaitu yg wajib dilakukan tiap-tiap hari:-


1. Dzuhur
2. Asar
3. Margrib
4. Isyak
5. Subuh


Solat Sunat:-

1. Aidil Adha

2. Aidil Fitr
3. Dhuha
4. Gerhana
5. Hajat
6. Ihram
7. Israq
8. Istikharah
9. Istisqa'
10. Musafir
11. Mutlak
12. Rawatib Muakadah
13. Tahajjud
14. Tahiyatul Masjid

15. Tasbih
16. Tawaf
17. Terawih
18. Witir
19. Wudhu

Di bawah pula adalah perkara-perkara yang seseorang itu perlu
ketahui mengenai solat.

~Syarat-syarat wajib solat
~Syarat-syarat sah solat
~Rukun-rukun solat
~Sunat Ab'ad
~Sunat Hai'at
~Perkara-perkara yang sunat dalam solat
~Perkara-perkara yang makruh dalam solat
~Yang Membatalkan Solat
~Waktu-waktu yang haram solat sunat yang tiada bersebab

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci dari haidh & nifas
5. Masuk waktu solat

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1. Islam
2. Berakal
3. Suci dari hadas kecil & besar
4. Suci daripada najis pada badan, pakaian & tempat
5. Yakin masuk waktu
6. Mengadap qiblat
7. Menutup aurat
8. Mengetahui akan fardhu & sunat
9. Jangan iktikadkan salah satu daripada fardhunya itu sunat
10. Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat

Orang yang tidak mendapat air untuk berwudhu dan tidak mendapat tanah
bertayamum, wajib melakukan soat tetapi wajib diulang semula. Boleh berpaling
daripada qiblat pada solat, ketika sangat takut seperti di dalam peperangan dan
solat sunat di dalam pelayaran yang harus ataupun kenderaan. Dan kalau solat
di atas kapal pada solat fardhu, wajib mengadap qiblat tatkala takbirratul ihram,
sekalipun kapal itu beralih kemudiannnya.

RUKUN-RUKUN SOLAT

Semuanya perlu hadir untuk megesahkan solat. Selain daripada yang berikut,
perbuatan yang lain adalah sunat. Rukun-rukun solat terbahagi 3 iaitu :-

1. Rukun Qalbi - pekerjaan hati
Berniat
Tertib

2. Rukun Qauli - pekerjaan lidah
Takbirratul ihram
Membaca Al-Fatihah
Membaca tahiyat akhir
Membaca selawat dalam tahiyat akhir
Salam

3. Rukun Fi'eli - pekerjaan anggota
Berdiri betul bagi yang berkuasa
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir

Ditambah 4 rukun tuma'ninah ketika rukuk, iktidal, sujud & duduk antara
dua sujud. Tuma'ninah adalah apabila seseorang itu berhenti seketika di antara
dua rukun. Tujuan tuma'ninah ini adalah supaya solat itu tertib.


SUNAT AB'AD

Sunat ab'ad adalah sunat yang dikuatkan (separuh wajib). Jika tertinggal
dilakukan sujud sahwi.

1. Membaca tahiyat awal
2. Duduk tahiyat awal
3. Selawat atas Nabi dalam tahiyat awal
4. Membaca doa qunut
5. Berdiri qunut
6. Selawat atas Nabi dalam qunut
7. Selawat atas keluarga Nabi dalam qunut
8. Selawat atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir


SUNAT HAI'AT

Sunat hai'at adalah sunat yang jika tertinggal, tidak diwajibkan berbuat apa-apa.

1. Membaca lafaz niat
2. Mengangkat kedua tangan ketika takbirratul ihram
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca ta'auwwuz
5. Membaca amin
6. Membaca surah
7. Membaca tasbih dalam rukuk
8. Membaca pujian kepada Allah (samiallahu liman hamidah hingga akhir
dalam iktidal)
9. Membaca tasbih dalam sujud
10. Membaca doa (rabbirgfirli hingga akhir dalam duduk antara 2 sujud)
11. Memberi salam yang kedua
12. Membaca selawat atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir
13. Menoleh ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam
14. Berninat keluar dari solat
15. Membaca takbir istiqalat ketika hendak rukuk, sujud & bangun dari
sujud serta bangun dari tahiyat awal
16. Duduk iftirash pada sekelian duduk, kecuali tahiyat akhir yang tidak
ada sujud sahwi, maka sunat duduk tawarruk

PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DALAM SOLAT

1. Sunat diam sebentar dalam sola t pada 6 tempat:
2. Antara takbirratul ihram & doa iftitah
3. Antara doa iftitah & ta'awwuz
4. Antara ta'auwwuz & bismillah
5. Antara walladhalin & amin semasa membaca Al-Fatihah
6. Antara amin & surah
7. Antara surah & rukuk

Sunat angkat tangan dalam solat pada 4 tempat:
1. Ketika takbirratul ihram
2. Ketika hendak rukuk
3. Ketika iktidal
4. Ketika bangun dari tahiyat awal

Juga disunatkan bagi solat fardhu, bang & qamat bagi lelaki dan
qamat sahaja bagi perempuan.

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH DALAM SOLAT


1. Berpaling ke kiri atau ke kanan
2. Mendongak ke atas
3. Berdiri sebelah kaki
4. Berludah ke pihak hadapan atau kanan
5. Berlebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk
6. Bercekak pinggang
7. Menyinsing kain atau baju
8. Solat ketika hadirnya makanan
9. Solat ketika hendak qadak hajat
10. Solat pada tempat yang diwahamkan terkena najis

YANG MEMBATALKAN SOLAT


1. Berkata-kata dengan sengaja jika sedikit sekalipun
2. Kedatangan hadas besar atau kecil
3. Kedatangan najis yang tiada dimaafkan pada pakaian badan atau
tempat
4. Terbuka aurat dengan sengaja. Jikalau terbuka kerana ditiup angin
dan ditutup kembali dengan segera, tidak batal
5. Membelakangkan qiblat atau berpaling dadanya daripada qiblat
6. Makan atau minum walau sedikit sekalipun
7. Ketawa yang mengeluarkan suara
8. Murtad
9. Bergerak 3 kali berturut-turut
10. Berubah niat seperti niat berhenti dari solat

Solat seseorang itu akan batal jika dia berbuat bunyi. Boleh berdehem untuk
menurunkan kahak (bukan makanan). Jika rasa terkeluarnya hadas kecil,
jangan batalkan solat kerana itu adalah angkara syaitan untuk menimbulkan
was-was dalam diri kita ketika solat. Kecuali jika ada bau, teruskan solat.


WAKTU-WAKTU YANG HARAM SOLAT SUNAT YANG TIADA BERSEBAB


1. Waktu naik matahari hingga kadar segalah atau tujuh hasta (agak-agak dalam
15 minit selepas syuruk)
2. Waktu rembang hingga tergelincir matahari melainkan hari Juma'at
3. Daripada solat subuh hingga naik matahari kadar segalah
4. Daripada solat asar hingga jatuh matahari
5. Waktu matahari kekuning-kuningan hingga jatuh matahari


Terima kasih kepada owner site :
http://www.geocities.com/mimbarkedah/solat.html