BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Thursday, May 22, 2008

anak oh anak!

salam.

Allah nak uji kami. redho. balik dr padang serai on sunday, adik dah start batuk. monday lagi teruk. nazmi pun sama. malam2 tido, tengok adik dah semput. selasa mama bawa adik ke klinik dr tang, adik kena masuk wad sbb bronchitis agak teruk. so, selasa minta keluar awal dan hantar adik ke ipoh specialist. xray, blood test dan tah apa2 lg. adik kena guna nebulizer (iye ke ejanya tu?). lepas beberapa kali buat, adik dah agak ok. tak berapa semput dah. kalau ikut dr tang, dia nak discharge hari ni tapi kami minta kluar semalam. dalam kol 6 ptg smlm, bwk adik "pam" lagi. at the same time, bwk nazmi. dr tang kata nazmi pun ada problem yg sama tapi tak seriuos sampai kena admit. tapi kesian betul kat dia... susah nak bernafas dan batuknya teruk. moga2 Allah kasihani anak2 kami... tak sampai hati tengok diorang sakit. ya Allah, sembuhkanlah mereka.

cumanya, kalau2 ada sesapa yang baca blog ni dah ada anak (especially yg kecil), jaga2lah makan minum mereka. make sure kita tau alahan dan punca sesuatu penyakit yg anak kita mungkin kena. macam kes anak2 teman, mereka makan keropok goreng + keropok leko... rasanya over limit la tu. kalau kat umah, kita mudah nak jaga. bila bertandang ke rumah org... itu la kita kena jaga sgt... kalau tak, tanggung aje la. namun, sedar tak sedar... sakit mereka adalah ujian buat mak ayahnya... sabar tak sabar, redho tak redho, mengadu tak kat Allah...

bukankah segala kesusahan adalah ganjaran Allah buat kita menebus dosa?
teman yakin, Allah akan sentiasa memberi jalan keluar kalau kita berharap, memohon dan bertawakkal kepadaNYA semata2.

well, back 2 life in poi lam... ehm, teman tiada time table sampai bukak sekolah. tak jadi ambil alih tempat lan. so, just wait and see what am i gonna teach. kalau2 tak lama di sini... takpe. kot selamanya di sini... gasak aje la. rasanya boleh sesuaikan diri dgn iklim kat sini. cuma kena byk buat dek dan angguk bila diarah. yg penting kerja setel. teman percaya, kat mana2 pun sama. selagi kita tau Allah tetap akan bersama kita... di mana2 pun takpe, kan?