BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Friday, August 8, 2008

Ayah Mengamuk!!

salam.

last 2 nights bila sampai je kat rumah, time dinner... tiba2 dpt cerita ada orang tak solat maghrib. la haula wala... rasa tak masuk nasi ditelan. takpe, sabar dulu. sebelum itu pun dari manjoi lagi ada orang dah tested kesabaran... Allah, sesak nafas dibuatnya.

no wonder when i stepped in, dua-dua kalut2 nak solat. rupa2nya ada salah besar yg dah dibuat. so, kononnya nak diplomasi la... then dpt ilham guna strategi "mengamuk"... yg benarnya bukan nak dera sgt budak2 dua orang tu. tapi rasanya kaedah rotan lebih baik dlm keadaan itu. bila ditanya mengapa tinggalkan solat maghrib... alasannya langsung tak boleh diterima. sabar punya la sabar... tapi bila si kakak beritahu dia dah qada... rotan terus hinggap di kaki. rasanya tak la sakit sgt pun... ada lapik seluar. masa tu niat nak mendidik tapi mungkin tertewas juga dgn nafsu amarah. meninggalkan solat tanpa alasan darurat yg dibenarkan syarak amatlah menyakitkan hati. waimah org yg sakit skalipun kena solat, inikan pula sihat walafiat.

panjang jugalah tarbiah mlm tadi. moga2 Allah campakkan kelembutan ke dalam hati dan hidayah buat anak2 ayah yg tersayang. percayalah, ayah kasihkan kamu. ayah marah, ayah hukum kerana sayang. ubahlah perangai. cintakanlah kebaikan, beramallah sebanyak2nya. himpunkan pahala semaksima mungkin sbg bekal ke alam sana...

ajal bukan boleh dihitung anak2. selagi ada usia, gunakanlah utk melaksanakan segala kewajipan sebaik mungkin. tampalkanlah dgn amalan sunat kelak bila diri telah terbiasa dengan amalan mulia... jiwa akan rasa tenang. tiada risau jika hidup mati kita hanya kerana Allah.

anak2 ayah,
janganlah terpedaya dengan dunia sementara ini. kalian patut bersyukur kerana punya masa yg mungkin panjang utk mengumpul bekalan... ambillah peluang, lipat gandakan amal, ikhlaskanlah hati dan betulkan niat. insya-Allah di akhirat sana kalian akan terpelihara. jadilah umat Nabi SAW yg menyintai baginda... kelak di sana nanti, kita tidak terhindar dari syafaat Nabi.

jadi pemaaflah anak2 ayah... memaafkan org lain menjadikan hati kita tenang. mohon ampunlah dan bertaubatlah setiap masa, moga kita terpelihara di bawah rahmat Allah. ayah mohon maaf kerana menghukum kalian. percayalah, setiap apa yg kita usahakan di dunia ini ada balasannya dari Allah nanti. maka, marilah kita jadikan kehidupan sementara ini sebagai jambatan menuju Allah. rinduilah kebahagiaan di sana anak2...