BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Wednesday, August 27, 2008

Satu Perubahan

salam to all..

well, Alhamdulillah... di pagi ini ingin teman merakamkan setinggi2 kesyukuran kerana masih diberi kesempatan hidup yang sihat, pun kerana masih dikurniakan nikmat kehidupan kepada kita semua. pun insya-Allah moga diberi juga kesempatan kita menemui Ramadhan al Mubarak tahun ini. marilah kita sama2 bermaafan dan berazam menjadikan Ramadhan ini sebagai yg terbaik. mana tau yg akan dtg tidak ditakdirkan utk kita? so, let us give and do all the very best we could. bykkan bersabar dan hisablah diri sebelum hari yang DIA tentukan... teman yakin, kita semua ada potensi melakukan segala kebaikan, cuma ia perlu dipupuk, disemai, dibaja... yg penting kesedaran bahawa setiap satu perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan nanti... bukankah baik jika apabila sampai waktunya, amalan kebaikan kita yg ikhlas mengatasi yg sebaliknya... di waktu tiada siapa yg mampu menolong, hanya Allah yg tahu nasib kita nanti. makanya, teman berseru kepada diri sendiri dan anda semua... marilah jadikan hari ini lebih baik amalan kita drp yg semalam...

pun, teman bersyukur juga kerana pilihanraya di P44 telah selesai dan kemenangan telah termaktub. moga2 Allah kurniakan kita kepimpinan yg terus menjulang Islam. sangat penting bagi kita menyokong dan memenangkan pendokong kepimpinan Islam. teman sangat2 berharap kepimpinan yg ada kini akan menjadikan Islam sebagai the way of life and the root of every single move in administering the country...

sebagai rakyat marha'in... teman hanya mampu berdoa moga negara ini tidak dilaknat Allah kerana kepimpinan terpesong dari ajaranNYA dan melanggar pula hukum Allah. terlalu byk yg kita saksikan... hanya DIA yg mampu memberi hidayah dan jalan keluar. teman sgt yakin Allah akan membantu hamba yg mahukan Islam dan bersedia berkorban demi agamaNya.

jika kita perhatikan, isu avril lavigne... kita akan rasa sesak nafas dgn gaya org yg membuat keputusan. sukar utk teman memahamkan rasionalnya. di waktu Ramadhan menjelma dan merdeka juga tiba... negara kita mengagungkan artis? aghhhh, Allah berikanlah kami kekuatan. pun, jika kita tonton tv3... sibuk diwawarkan akan ada rakaman konsert utk syawal... la haula wala.... puasa pun belum satu hal... nak sambut hari kemuliaan Islam dgn cara itu? aduhai...

apa2 pun, sesuatu tidak berlaku tanpa Allah mengizinkannya. tentu ada yg hendak Dia uji kita dgn segala yg berlaku/bakal berlaku. kita usahakanlah bersama2 agar kita serta keluarga kita dan semua2nya terpelihara di bawah naungan Ilahi.

wallahua'lam.