BERSAMA TUNTUTAN AS-SUNNAH

  • IKUTILAH AS-SUNNAH
  • “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31)
  • لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Pakcik & Makcik

Pakcik & Makcik
Teringat 14 tahun dulu...

Thursday, October 9, 2008

Betulkah solat kita?

salam ukhwah.

pagi ini teman bersyukur kerana masih diberi Allah kesempatan hidup dan mengecap nikmatNYA. kluar dr umah di teras jernang sekitar 6.45 pg. wahh, berkabus sepanjang perjalanan ke pejabat di putrajaya ni. terasa macam kat oversea le pulak. even teman blom berkesempatan merasa suasana sejuk musim dingin tapi agak2nya gitu la kot, no? pengalaman di perth 2005 dulu tak sejuk sgt sbb bukan musimnya. tapi menggigil juge le... tah, ada ke lagi pluang ke luar negeri? kengkadang kesian jugak kat juju ngan anak2... tapi teman belum mampu nak bawak mereka cari pengalaman di luar negeri. waimah... malaysia ni pun tak habis round lagi! amin amin... moga dipermurahkan rezeki dpt gi tunaikan haji, umrah dan jalan2...

semalam teman linkkan site berkenaan sifat solat nabi saw... harap2 ada netters yg dah sudi membacanya. kenapa? sebab... kalau dibukakan pintu hati kita untuk menatapnya... mungkin kita akan dapati terdapat perkara yg dilakukan nabi dlm solatnya tidak kita lakukan! ini bermakna kita tidak solat 100% macam solat baginda... abis tu? kalau kita tak ikut nabi, apa citernya?

teman pun terkedu kerana telah lebih 30 tahun solat, rupa2nya ada perlakuan dlm solat teman menyalahi solat nabi. contohnya? banyak!!!

pertama2nya... takbirratul ihram... biasanya lafaz takbir tu teman panjangkan "Allahhhhhhhhhhhu akhbar" kerana ingin menyempurnakan niat dlm hati. rupanya silap... lafaz tu tak harus dipanjangkan. 2 harakat saja. ustaz kata niat ialah lintasan hati, bukan lafaz lisan yg panjang tu... kedua, perbuatan angkat kedua tangan ketika takbir... nabi membuka kedua tapak tangan dgn jari lurus rapat ke atas dan diangkat separas bahu, kadang2 ke paras telinga... teman buat biasanya melepasi telinga! ketiga... kedudukan tangan "bersedekap" sewaktu solat... biasanya teman letakkan tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri di atas perut di bwh dada dan agak ke kiri sedikit. rupa2nya.. nabi meletakkannya di atas dada! selama ini teman diajar agak berbeza solat lelaki dgn solat perempuan especially soal letakkan tangan ni tapi... rupanya itu bidaah. solat lelaki dan perempuan sama saja di segi perlakuannya. keempat, rukuk... teman sekadar letakkan tangan di lutut. rupanya nabi menekan lutut dengan jari terbuka lurus... punggung dan belakang akan lurus (90 darjah)... memandang ke tempat sujud. kelima... berdirinya nabi selepas rukuk (tama'ninah) agak bersamaan dengan tempoh rukuk... dan badan lurus. teman selama ni sekadar senafas, terus sujud. keenam? sujud nabi dimulakan dengan kedua tangan mencecah bumi dahulu tapi teman pulak lutut yg cecah dulu. waduhhh... byk skali bezanya. ada lagi... nanti kita kongsi.

so, moral of the story... rajin2 la check solat kita. kalau tak sama (ikut) solat nabi, kita ada masalah. jom la kita koreksi diri sebelum dihisab Allah nanti. jangan lupa... di akhirat nanti solat yg pertama2nya diperiksa!!! moga kita diberi petunjuk dan hidayah Alah sentiasa, amin.

wallahua 'lam.